Sabtu, 26 Mac 2011

Pendakian


Air hujan di atas daun keladi..

Rumah Pengetua SMK Batang Igan,Dalat Sarawak


Ini merupakan rumah pengatua di SMK Batang Igan,Sarawak. Gambar ini diambil daripada rumah saya di tingkat empat.Di tepinya dapat dilihat sungai yang terbentang luas. Gambar in menggunakan teknik HDR bagi menampakkan gambar lebih cantik dan berseni..

Pengenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Selawat serta salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, sahabat serta seluruh ahli keluarga Baginda..saya mulakan blog ini dengan sedikit coretan kata hati dan diterjemahkan melalui tulisan. Saya amat meminati seni fotografi ini sejak berada di universiti lagi setelah melihat hasil seni sahabat-sahabat yang mempunyai kepakaran dalam seni ini.
Daripada minat yang mendalam itulah saya telah membeli sebuah kamera digital DSLR jenama Sony. Maka saya menggunakannya dengan sebaiknya untuk mengambil gambar-gambar yang menarik sebagai menghargai ciptaan Allah. Dalam masa yang sama saya terus belajar dengan bertanyakan rakan-rakan dalam bidang fotografi ini.